Henna / Inai

Inai atau henna banyak digunakan di Malaysian sebagai penambah seri semasa majlis kahwin terutama dlm masyarakat India dan Melayu.
Pemakaian henna/inai tidak wajib bagi masyarakat melayu tetapi bergantung kepada individu itu sendiri kerana kebiasaannya pemakaian inai akan menambahkan lagi keistimewaan seseorang pengantin itu.

Jika anda masih tercari-cari henna artist untuk majlis perkahwinan/pertunangan anda saya sedia membantu.

Ada pertanyaan? Jangan malu untuk bertanya.....my contact

Email : iszmakimy@yahoo.com
Tel : 012-2222 147 or 013-333 8380


Traditional henna/Inai

Sewaktu dahulu pemakaian inai agak rumit, daun inai perlu dihancurkan sendiri dengan menumbuk sehingga lumat. Untuk mendapatkan hasil yang merah dan cantik daun inai perlu dicampur dgn pelbagai bahan lain seperti gambir, asam jawa, kopi dan sebagainya.....

Ready made henna/Inai

Pada waktu kini pemakaian ready made henna lebih mudah kerana senang didapati di kedai2 dalam bentuk kon memanjang. Terdapat pelbagai jenama dan hasilnya juga berbeza-beza kepada individu. Kandungan didalam ready made henna ini masih menggunakan bahan2 asli iaitu inai, jus limau, gula dan sedikit essential oil untuk memberi bau dan menggelapkan warna henna.
Di Malaysia perniaggan menjual inai tidak begitu popular kerana hampir tiada pembekal bahan2 mentah untuk membuat henna ini. Berbanding dengan negara timur tengah (Pakistan, Morroco, Sudan & India) mereka ada menanam pokok inai utuk tujuan komersil. Di sana mudah untuk mendapatkan inai yg siap di proses dalam bentuk serbuk halus. Serbuk inai itu kemudian diadun dengan bahan asli yang lain untuk dijadikan henna.
Oleh itu kebanyakan henna di sini hanya dijual dalam pek yg siap dibungkus (kon) atau dalam tiub kecil atau serbuk di dalam kotak kecik yg boleh didapati di kedai2 mamak.